Monday 15 August 2011

Dimensi Hati (Bab 2)


Bunyi air yang mengalir lembut menyapa pendengaranku. Badanku terasa lemah sekali. Pandangan mataku kelihatan berpinar. Aku berasa terasing sekali pada tempat itu. Aku seakan terdengar suara perempuan memanggil lembut namaku. Ternampak sebentuk tubuh berada di sebelahku. Seakan-akan aku mengenalinya. Sukar bagiku menggerakkan badan.
Badanku tiada bermaya hanya panggilan lembut itu mampu membuatku sedikit bersemangat. Aku cuba bangun namun tidak berhasil, saat itu pandanganku menjadi kelam.
Kedengaran bunyi orang mengaji membuatkan akan bangkit daripada pembaringan itu. Tidak semena-mena aku terbatuk dan tanpa disedari terkeluar ketulan kahak berwarna merah kehitam-hitam dalam mulutku. Aku terasa pedih pada bahagian hati dan dada.
“ Ya ALLAH, andai ini takdir bagiku aku redha, andai ini adalah ujianmu aku  bersyukur. Berikanlah aku kekuatan iman, keteguhan naluri, kesabaran menghadapi dugaan ini, sesungguhnya aku adalah insan yang sentiasa alpa pada nikmatMu, hanya kepadaMu sahajalah tempat aku berserah,”
Mataku kian berkaca, aku menyeka lembut bibirku dengan belakang tangan kananku, kesakitan ini tidak seberapa dengan nikmat yang ALLAH berikan.
“Saudara dah terjaga” kedengaran suara lembut menegurku
Aku hanya mampu mengangguk sahaja, badanku terasa lemah sekali.
“Ya ALLAH, darah! Saudara tidak apa-apa?
“Hmm... saya tidak apa-apa. Alhamdullilah dah reda sikit sakit ini”
Tanpa disedariku jari-jemarinya pantas mengelap sisa-sisa darah yang masih melekat di bibirku dengan menggunakan sehelai kain yang ada di tempat pembaringan itu.
Aku mulai tersedar aku berada di tempat yang asing bagiku. Tikar mengkuang yang menjadi tempat pembaringanku kelihatan usang sekali. Perlahan-lahan aku memandang sekeliling.
Terlihat pada pandangan mata ini hanyalah sebuah pondok kecil menjadi teduhan. Aku mampu terdiam dan terasa kelu lidah ini untuk berbicara.
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup,Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan)di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yangada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar kekuasaanNya).
Terjemahan daripada ayat Kursi
Perasaan aneh membalut hati ini, siapakah gerangan yang sudi membantu aku. Wanita yang berhijab di depanku membuatkan aku keliru.
“Nur???” terlontar kata-kata itu pada hujung lidah ini.
Dia segera memalingkan mukanya ke arah lain dan bingkas bangkit berdiri. Aku terpinga-pinga melihat kelakuannya.
“Saudara tahu nama kita? Tidak pula kita ingat memberitahu saudara,”
“Entahlah, awak nama Nur kan? Tiba-tiba terpacul je nama tu dari mulut saya,”
“Ya, nama kita Nur,  nama saudara?”
“Panggil sahaja saya Hakimi.”
Pandangan mata kami bertaut. Tanpaku sedar aku terucap “Aku masih mencari Nur pada sanubari ini”
Tiba-tiba kedengaran satu bunyi aneh hinggap di atas bumbung pondok itu. Angin yang menderu membuatkan hatiku menjadi tidak keruan.
Saat itulah aku tergamam, lembaga hitam itu kembali memunculkan diri. Makhluk itu itu hanya menyeringai di hadapan kami dan memandang aku dengan bengis. Tanpa gentar, Nur segera membaca Asma ul-Husna dan pondok itu seakan-akan bergema.
Aku seakan-akan terpanggil dan aku segera berdiri daripada pembaringan itu. Alunan Asma ul-Husna seakan-akan membius bisa-bisa menjalar tubuhku ini.
“ Dimensi itu masih membelenggu diri dan aku akan mempertahankan darah itu biarpun nyawaku menjadi galang ganti”
Suasana yang cerah tiba-tiba menjadi gelap, aku terasa seakan diri dirasuk oleh sesuatu. Tanpa berlenggah Nur menyerang makhluk itu yang cuba mencapai leherku dengan kuku-kukunya yang runcing. Tidak ku sangka makhluk ini memburuku walau ke mana sahaja aku berada.
Libasan kuku tajam hampir mengenai mukaku, namun aku sempat mengelak. Nur masih mempertahankan diri kelihatan keletihan kerana beradau kekuatan dengan makhluk itu. Aku memejamkan mata dan membiarkan naluriku membimbingku. Aku berjaya menghayun satu tumbukan padu pada dada makhluk itu sebelum dia berundur dan hilang di sebalik bayangan.
Perasaan ini seolah-olah pernah aku alami, tapi aku masih belum mampu mengingati siapakah diri aku yang sebenarnya. Suasana yang gelap kembali cerah, aku hanya mengukir satu kuntuman senyuman sebelum pandangan mataku menjadi berat. Akhirnya badanku menyembah ke lantai.

No comments:

Post a Comment