Monday 15 August 2011

Dimensi Hati ( Bab 1)


BAB 1



            Aku bangkit daripada tilam empuk itu. Suara azan Subuh mematikan seleraku untuk terus tidur. Aku menggeliat kemalasan dan mengemaskan tilam itu. Aku bergegas ke bilik air dan kemudian membersihkan diri sebelum bersolat Subuh.  Usai solat aku mulai bersiap dan turun ke bawah untuk bersarapan dengan keluarga tunangku. Aku terharu kerana melalui budi baik mereka aku masih dapat melihat dunia ciptaanNYA. Subhanallah.
            “ Assalamualaikum dan selamat pagi Ilham, macam mana dengan tidur semalam? Nyenyak tak? Maafkanlah uncle sebab menyusahkan Ilham je semalam,” Dato’ Umar menyapa ku dengan lembut apabila aku tiba di ruang makan.
            “Waalaikumussalam, Alhamdulillah, nyenyak uncle, pasal yang semalam tak ada apa pun, kecil je hal tu, nanti kalau uncle perlukan apa-apa bagitahu Ilham je,”aku tersenyum sambil memerhatikan wajah tunangku yang kelihatan merah, dia sibuk membantu ibunya,  Datin Suriani menyiapkan sarapan pagi. Aku terasa bahagia dapat  melihat kemesraan keluarga ini.
Aku terdiam seketika lalu aku duduk di sebelah Dato’ Umar yang kelihatan leka membaca akhbar.
Kedengaran suara Datin Suriani menegur pembantu rumah yang agak kelam-kabut membancuh air kopi dan teh. Dato’ Umar hanya menggeleng-gelengkan kepala dan meletakkan akhbar yang selesai dibaca di atas meja. Dia hanya tersenyum kecil seakan-akan mengetahui apa yang tersirat dalam hati isterinya sibuk menyediakan sarapan pagi.
            “Hari ini Ilham jangan ke mana-mana tau, boleh tak temankan auntie dengan Nisa pergi shopping sekejap, lagi pun hari ini hari Ahad, janganlah  workaholic sangat. Lagipun tak lama lagi korang   berdua akan berkahwin, kasihan Nisa, nak bermanja pun susah,” kedengaran gelakan kecil daripada Datin Suriani.
Aku hanya mampu tersenyum kecil.
            Pandangan aku beralih kepada Nisa yang sedang menyiapkan makanan kegemaran ayahnya, nasi goreng. Aku terpukau seketika dengan keadaan di sini. Biarpun mereka berasal daripada keluarga yang berada, mereka tidak betah untuk melakukan kerja-kerja di dapur.                             
            Ketika itu aku tidak menyedari bahawa Datin Suriani membawa air kopi dan teh untuk sarapan pagi,   “ Ish, Ilham ni, auntie panggil pun tak sedar” “Melayang pergi mana tu?” kedengaran ketawa menghiasi rumah ini.
Aku hanya mampu terdiam malu sahaja. Agar sukar bagiku melayan karenah mereka anak-beranak, ada sahaja idea untuk menyakatku. Namun aku sedar, itulah kemesraan yang terdapat dalam Vila Qamarina.
Biarpun aku masih tidak mengingati sejarah hidupku seratus peratus, namun aku gembira kerana  masih dipertemukan dengan mereka yang dapat menerimaku seadanya.
Aku tak menyedari hampir tiga bulan aku mengenali mereka. Alangkah cepatnya masa berlalu, perhubungan cinta aku dengan Nisa turut berputik, InsyaALLAH, aku akan berkahwin dengannya penghujung bulan ini. Semoga kami akan berbahagia.
Perbualan kami pagi terasa begitu pantas berlalu, sebelum kami keluar untuk membeli-belah, aku meminta diri seketika untuk menyambung sedikit tugasan yang masih berbaki di ruang rehat. Aku mengenangkan nasibku  yang masih menjadi misteri.
 Perjalanan hari ini terasa berbeza sekali, aku seakan masa yang berlalu seakan bergerak lambat. Senyuman Nisa hari ini membuatkan hatiku terasa harapan, pandangan matanya seakan-akan memberi aku sedikit ruang untuk bernafas dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini.
Aku teringat saat pertama kali aku bersua dengan Nisa, pada malam ketika rembulan purnama merah. Saat itu aku masih bingung dengan apa yang berlaku. Tragedi yang menimpaku menyebabkanku terasa kekosongan mengisi diri.
Aku yang kebingungan hanya mampu berdiri kaku memandang rembulan pada langit. Aneh sekali perasanku ketika itu. Tatkala itu, kedengaran suara jeritan meminta tolong. Aku yang terpanggil pergi ke arah suara itu dan terlihat sekumpulan lelaki mengepung seorang gadis. Gelak ketawa mereka memecah keheningan malam itu.
Pandangan rakus mereka mencerminkan segala kemungkinan.  Mereka cuba mempengapakan gadis yang kelihatan tak bermaya dan tidak mampu mempertahankan dirinya.
“Jeritlah, tiada siapa yang dengar,”
“Tolong, tolong, jangan apa-apakan saya!”
“Hahaha, kawasan ini  agak terpencil, tercabut anak tekak kau jerit pun tiada siapa yang dengar,”
Tangisannya gadis itu semakin kuat kedengaran. Aku terpaku kerana tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Di bawah terang  cahaya rembulan, aku dapat melihat wajah redup gadis yang bertudung itu, saat itu aku merasakan tanggungjawab terpikul pada bahuku.
Kelibat aku disedari oleh salah seorang daripada mereka. Saat itu sumpah seranah dan caci maki menerpa  ke arah diriku. Mereka yang berlima mampu menewaskan aku dalam sekelip mata. Aku yang terasa ketakutan menguasai pada diri. Adakah aku masih mampu mempertahankan maruah seorang wanita? Saat itu aku terasa sangat sakit pada kepala dan dada. Pandanganku menjadi kelam.
“Abang, Umi panggil abang sekejap” suara Nisa memecahkan lamunan. Aku hanya mampu tersenyum kecil kerana melihat Nisa berdiri di hadapanku dengan membawa segelas jus oren.
“Asyik betul abang buat kerja, sampai Nisa duduk depan abang pun tak sedar,“ kedengaran nada suaranya yang kelihatan merajuk.
Aku memandang ke arahnya, mataku dan matanya bertaut, saat itulah mukanya kelihatan merah. Aku hanya tersenyum dan cuba mengatakan sesuatu dan  kedengaran jeritan menguasai dalam rumah itu. Aku tersentak dan terasa sesuatu yang aneh menguasai diriku.
Aku terbatuk seketika sebelum aku menyedari  bayangan mulai hitam menyapa pada diri, aku cuba bangkit dan bangun dari tempat aku duduk namun tiada terdaya.
Aku terjatuh dan melihat kelibat lembaga itu menyeringai di hadapanku. Genggaman eratnya pada badan Nisa membuatkan aku geram. Aku tahu bahawa Datin Suriani dan Dato’ Umar telah pengsan di ruang tamu berdasarkan lintasan hati ini. Pandangan mata hati yang tidak pernah tersilap. Aku mengerti bahawa rumah itu terasa berlainan sekali.
Aku hanya mampu melihat Nisa rebah tidak sedarkan diri dihadapanku. Ketika itu kepala dan dadaku terasa amat sakit sekali. Saat itu aku mulai mengerti bahawa perjalanan dimensi ini baru sahaja bermula. Aku tidak mampu lari daripada takdirku ini. Aku cuba bangkit daripada kejatuhan.
Kedengaran suara lembut dalam diriku berbisik;
KESAMARAN HATI TELAH MEMBUTAKAN FIKIRAN
KABUS HATI MENUTUP RAHSIA NALURI INSANIAH ITU
MUNGKINKAH ITU ADALAH SESUATU YANG TAK DIJANGKA
PADA KENANGAN YANG KIAN PUDAR…
 AKU SENDIRI TERASA TERASING TERSISIH KERANA KEKHILAFAN ITU
KERANA KU TAHU AKU BAKAL PEMUTUS SEGALA KEMUNGKINAN…
                Dan ketika itulah aku terasa letih, sangat letih dan tidak mampu menggerakkan tubuh badanku dan ketika itu sejalur cahaya menusuk ke arah pandanganku.








No comments:

Post a Comment